Saturday 10 December 2011

Lirik Lagu Bangau Oh Bangau

Lembaran Aktiviti

Lembaran Aktiviti

Lagu Bangau oh Bangau

Rancangan Pengajaran Harian dan Refleksi

Rancangan Pengajaran Sains Tahun 4

Refleksi Mikropengajaran
Kekuatan

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikropengajaran ialah saya mempunyai suara yang tegas dan lantang. Suara saya yang lantang memudahkan murid-murid saya dapat mendengar dengan jelas. Selain itu, murid-murid saya juga dapat memahami apa yang disampaikan oleh saya melalui suara lantang. Murid-murid akan menumpukan perhatian kepada penyampaian saya tanpa menghiraukan gangguan dari kelas lain.
            Penerangan yang jelas yang saya sampaikan kepada murid-murid juga merupakan kekuatan yang didapati di dalam proses pengajaran saya. Saya memberi arahan yang jelas tentang cara untuk aktiviti berkumpulan. Murid-murid saya memahami arahan yang diberikan oleh saya. Mereka dapat membuat aktiviti berkumpulan selepas saya memberikan penjelasan cara untuk menyiapkannya. Tindakan yang diambil oleh murid-murid saya telah menunjukkan pemahaman mereka terhadap arahan saya.
            Saya juga memantau kelas apabila murid-murid sedang buat aktiviti berkumpulan. Pemantauan kelas dapat menolong saya mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Saya dapat membantu murid-murid saya dengan serta merta apabila mereka menghadapi masalah dalam aktiviti berkumpulan. Di samping itu, saya juga dapat memastikan murid-murid saya menyiapkan aktiviti berkumpulan yang diberikan oleh saya dengan lengkap dan sempurna melalui pemantauan kelas.

Kelemahan
            Saya menghadapi masalah semasa saya membuat  rakaman mikropengajaran yang kali pertama. Semasa saya membuat rakaman mikropengajaran selama 10 minit, saya mendapati skrin putih tidak memaparkan bahan pengajaran, tetapi saya cuba berlagak selamba dan meminta bantuan dari teman sekerja untuk bantuan teknikal. Rupa- rupanya saya terlanggar suis projector hingga menyebabkannya terpadam.
            Kelemahan dan kekurangan lain juga telah dikenalpasti oleh saya dalam mikropengajaran ialah masa pengajaran tidak menepati masa yang telah ditetapkan. Selepas saya menyiapkan rakaman mikropengajaran, saya telah membuat perbandingan masa di antara rakaman dan masa yang ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian (RPH). Saya didapati bahawa masa di antara rakaman dan rancangan pengajaran harian adalah tidak selaras.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah saya kurang fasih dalam bahasa Inggeris semasa mikropengajaran. Apabila saya menjalankan mikropengajaran, saya banyak mencampurkan penggunaan bahasa Inggeris dengan bahasa Malaysia. Kelemahan ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran kurang menarik. Tetapi, ia perlu juga untuk memudahkan murid-murid memahami konsep-konsep yang hendak dipelajari.


Cara Mengatasi
            Kegagalan saya membuat rakaman kali pertama menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya terjejas. Melalui kesilapan tersebut, saya akan sentiasa memastikan dan menyemak semua alat bantu mengajar adalah dalam keadaan yang baik. Tindakan saya ini akan diamalkan selalu untuk mengelakkan proses p&p saya terganggu.  
            Bagi kelemahan yang seterusnya, saya akan menambahbaikan dalam ketepatan penggunaan masa semasa menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Saya harus sentiasa berasa prihatin terhadap masa yang telah ditentukan dalam rancangan pengajaran harian (RPH). Ketetapan masa akan saya ikuti bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ketepatan masa menolong saya menyelesaikan setiap aktiviti dalam setiap sesi pengajaran.
            Saya akan berkomunikasi dengan lebih fasih dalam bahasa Inggeris untuk melancarkan sesi pengajaran saya. Selain itu, saya harus sentiasa bersikap positif dan yakin pada diri sendiri untuk berkomunikasi dengan lebih fasih dalam bahasa Inggeris. Saya juga akan sentiasa memajukan diri saya melalui membaca buku Inggeris supaya bahasa Inggeris saya dapat bertutur dengan lancar semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang. 

Selamat Datang Ke Blog Saya.

Selamat Datang ke blog saya yang dinukilkan untuk tatapan para guru-guru untuk berkongsi idea dan maklumat. Blog ini dibina bertujuan untuk memuatkan refleksi pengajaran yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011. Refleksi ini amat berguna untuk  membuat penambahbaikan dalam pnp saya yang akan datang. Selamat melayari blog saya dan sila beri komen dan pandangan anda atas segala kekurangan dalam blog saya. Saya akan sentiasa membuat penambaikan dari masa ke semasa.